Tuesday, May 13, 2008

Antara Mencintai & Dicintai

Satu persoalan yang mungkin boleh ditanya dalam suara hati kita iaitu antara mencintai atau dicintai, perasaan manakah yang diperlukan dahulu supaya kita merasai cinta.Apakah seseorang itu perlu mencintai terlebih dahulu sebelum dia dicintai atau pun dia dicintai terlebih dahulu sebelum dia mencintai?...

Cuba selami kehidupan yang kita lalui bersama keluarga. Seorang ibu dicintai anaknya kerana kasih sayang dan perhatian yang diberikan kepada setiap anaknya...seorang suami dicintai isterinya kerana sifatnya yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati isterinya...Hakikatnya jika ini semua yang berlaku sudah tentulah tidak timbul masalah ibu yang mendera anaknya,masalah penceraian dan masalah sosial yang lain..oleh itu, setuju tak jika dikatakan bahawa untuk dicintai kita perlu mencintai terlebih dahulu .....



Sekali lagi kita selami isi hati kita. Jika kita bayangkan ayah & ibu, apa yang kita rasakan ? kasih sayangnya atau rupa par
asnya? Adakah kita mencintai ibu & ayah kita kerana ibu kita cantik dan ayah kita kacak atau handsome?Mugkin agak pelik dan tidak normal jika kita memberikan jawapan ini...Tetapi jawapan yang akan kita berikan ialah sifat kasih sayang yang ada pada naluri ibu & ayah kita...bayangkan ibu & ayah kita tersenyum melihat kita dilahirkan

Bayangkan ibu & ayah akan memujuk kita apabila kita menangis...Bayangkan ibu & ayah kita memeluk kita apabila kita tersedar dari mimpi ngeri....Lantas dari mana datangnya perasaan kasih sayang ibu & ayah kita..Adakah dari Datuk & Nenek kita yang menyayangi ibu & ayah kita dahulu dan seterusnya diwarisi dari keturunan dari atas yang lain...tapi dari mana pula nasab keturunan yang atas boleh
mencintai anak & cucu cicit mereka....sudah tentulah cinta itu datangnya dari suara hati ibu & ayah kita.....Persoalannya lagi siapa yang mengawal perasaan cinta ibu & ayah kita....ibu & ayah kita yang mengawalnya atau ia datang dengan sendirinya...Pernah juga kita bersyukur kepada tuhan kerana memiliki ibu & ayah yang mencintai kita....Kerana kita tahu yang mencipta ibu & ayah kita adalah Allah....

Siapa pula yang menjadikan hati ibu & ayah kita sehingga mampu mengasihi & menyayangi kita... Sudah tentulah Allah juga...Lalu sebenarnya kita sudah ketahui yang mengilhamkan kasih sayang ke dalam suara hati ibu & ayah kita adalah Allah jua... supaya dapat diberikan kepada kita...Lantas Sifat
Ar rahman & Ar Rahim daripada sifat Allahlah yang dibisikkan ke dalam suara hati ibu & ayah kita...Semuanya datang dari Allah...soal balik ke dalam hati kita siapa yang lebih mencintai kita selama ini? ibu & ayah atau Allah yang mencurahkan Ar Rahim ke dalam suara hati ayah & ibu kita? Persoalannya adakah ibu & ayah kita akan terus memberikan kasih sayang & perhatian setelah mereka meninggal dunia...sudah tentulah kita akan rasakan kesunyian & kehilangan mereka....yang akan selalu mengingatkan kita adalah kasih sayang mereka selama ini....

Justeru anak yang kehilangan ibu & ayah akan merindui sifat Ar Rahman & Ar Rahim yang diilhamkan oleh Allah kpd ibu & ayah mereka....hakikatnya yang kita cintai dan rindui selama ini tanpa kita sedari adalah Allah....Persoalannya adakah kita sedar kita dicintai Allah selama ini?Adakah kita sedar yang kita dicintai oleh ibu & ayah kerana Allah mencintai kita....apakah MATA kita BUTA tidak nampak KASIH SAYANG ALLAH atau HATI kita yang BUTA tidak dapat MERASAI KASIH SAYANG ALLAH?lalu jawablah didalam diri kita "Adakah aku perlu mencintai Allah supaya aku dicintai?"......Bertaubatlah jika selama ini kita lupakan Allah kerana hati kita buta..ingatlah Allah itu memiliki sifat Ar-Rahim( penyayang) dan At tawwab (penerima taubat)......


"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di muka bumi,sehingga hati (aqal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar ?"
" SEBENARNYA BUKAN MATA ITU YANG BUTA TETAPI YANG BUTA IALAH HATI YANG DIDALAM DADA!" (Al-Hajj, 22:46)

2 comments:

pulasan007 said...

Ustaz Hasrizal dlm buku beliau 'Aku Terima Nikahnya' ada menyebut tentang konsep hubungan yang baik.dia kata dlm nk membentuk satu hubungan yg baik,kita perlulah memberi terlebih dahulu sblm mengharapkn apa2 blsn.inilah konsep yg dia pegang selama dia berkahwin.aku setuju dgn dia.mencintai spttnya dtg dulu sblm dicintai.kalo kita dr segi psych pon,org yg mendahulukan 'mencintai' ialah org yg tdk meletakkan diri dia di atas org2 yg lain,mksdnye dia x pentingkn diri.tp kalo org tu mendahulukan 'dicintai',dia ialah org yg blh dikategorikan sbg mementingkan diri sendiri.

peace :)

zaini_jb said...

Salam...http://esqway165.com mmg berkesan!